PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI bersetuju untuk pembelian emas tidak akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, perkara itu diputuskan disebabkan pelaburan, budaya, ekonomi, di samping mengelakkan peningkatan beban kepada rakyat dan perniagaan.
“Jongkong emas dan barang kemas sering dianggap sebagai alat pelaburan atau simpanan.
“Dari segi budaya, emas memainkan peranan penting dalam pelbagai komuniti, sering dijadikan hadiah simbolik atau pemberian semasa peristiwa penting dalam kehidupan seperti kelahiran anak atau perkahwinan,” katanya.
Johan berkata demikian semasa sesi siaran langsung Kementerian Kewangan di TikTok bertajuk “SST Naik, Semua Harga Pun Naik?”, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Johan berkata, sesetengah perniagaan juga menggunakan emas sebagai cagaran untuk mendapatkan dana operasi, seperti aliran tunai atau pinjaman.
“Walaupun ada yang melihat emas sebagai barangan pengguna bernilai tinggi, kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan kadar cukai sifar.
“Jadi, walaupun anda masuk ke kedai barang kemas untuk membeli rantai emas atau barang seumpamanya, tiada cukai akan dikenakan,” katanya.
Dalam pada itu, Johan memaklumkan, kerajaan juga tidak akan mengenakan cukai ke atas epal dan oren, yang kini menjadi buah-buahan pilihan utama bagi rakyat Malaysia.
“Walaupun epal dan oren tidak sesuai ditanam di Malaysia, ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Contohnya, semasa Tahun Baru Cina atau Hari Raya, permintaan terhadap buah-buahan ini sangat tinggi, justeru pengecualian cukai diberikan.
“Buah-buahan tempatan seperti pisang mas tidak akan dikenakan cukai, manakala buah-buahan import seperti strawberi, blueberry, dan avokado yang dianggap sebagai “barangan terpilih” akan terus dikenakan cukai. Jadi, kos pisang goreng kita tidak akan naik. Tetapi kalau guna pisang import, ia akan dikenakan cukai,” katanya.
Menurut Johan, sejak kerajaan mengumumkan peluasan skop SST, pihaknya telah menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang menyokong langkah tersebut susulan membantu menggalakkan penanaman dan pembangunan buah-buahan tempatan.
“Ambil contoh pisang — kita yakin pengeluaran tempatan mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran.
“Berdasarkan statistik, 90% daripada pisang yang dimakan oleh rakyat Malaysia adalah dari sumber tempatan, manakala hanya 10% diimport.
“Kita harus terus menyokong pisang tempatan kerana pisang mas bukan sahaja lebih sedap, tetapi juga lebih murah dan mudah diperoleh,” katanya.
Johan turut menjelaskan bahawa kerajaan memilih untuk mengekalkan sistem SST berbanding memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban cukai kepada rakyat.
Katanya, walaupun GST merupakan sistem yang lebih cekap kerana merangkumi hampir semua barangan dan perkhidmatan, ia akhirnya memberikan beban lebih besar kepada pengguna.
“GST berkesan untuk kutipan hasil kerana ia meliputi keseluruhan ekonomi. Namun, beban cukai akhir ditanggung sepenuhnya oleh rakyat, kerana perniagaan boleh menuntut semula input GST mereka, tetapi pengguna akhir tidak boleh berbuat demikian.
“Walaupun SST mungkin kurang menyeluruh, katanya, ia memberikan tekanan kewangan yang lebih rendah kepada rakyat selain kerajaan menyasarkan kutipan tambahan sebanyak RM10 bilion melalui SST.
“SST telah wujud sejak tahun 1970-an, jadi ia lebih dikenali dan mudah dilaksanakan.
“Ia menyasarkan perniagaan berbanding barangan keperluan, sekali gus mengurangkan impak kewangan kepada pengguna,” katanya.
Cukai merupakan bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan ke atas individu atau syarikat untuk membiayai perbelanjaan awam dan menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Keperluan meningkatkan hasil cukai adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dan kewangan negara.
Cukai 8% ini akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran dan komisen, antaranya:
Namun seperti yang dijelaskan di bahagian sebelum ini, bukan semua perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 8% tersebut. Berikut merupakan perkhidmatan yang mendapat pengecualian cukai:
Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terbeban dan mengelakkan kesan berganda ke atas harga pengguna.
Tidak. Antara perkhidmatan yang dikecualikan SST ialah akaun simpanan dan semasa, pengeluaran ATM, pindahan wang tempatan seperti DuitNow dan IBG, bayaran bil serta simpanan biasa. Ini bermakna, rakyat masih boleh menggunakan perkhidmatan bank harian seperti biasa tanpa dikenakan cukai tambahan.
Secara ringkasnya, SST (Sales and Service Tax) tidak dikenakan ke atas akaun peribadi bank secara umum.
Contoh perkhidmatan yang tidak dikenakan SST:
-Pembukaan akaun simpanan / semasa
-Pengeluaran atau deposit tunai
-Perbankan dalam talian (transfer duit sesama akaun)
-Pemindahan GIRO, DuitNow, FPX (tanpa caj)
-Pengeluaran ATM
SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan khusus seperti caj pelaburan (brokerage), pindahan wang antarabangsa, nasihat kewangan profesional dan laporan khas oleh bank iaitu perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada syarikat dan golongan berkemampuan.
Cukai 8% ini akan dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan yang berasaskan yuran dan komisen, antaranya:
-Pemindahan dana rentas sempadan.
-Transaksi pelaburan.
-Pengeluaran laporan khas.
-Perkhidmatan nasihat tertentu.
-Yuran perkhidmatan arranger / facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang.
Tidak. Perkhidmatan kewangan asas seperti ATM adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
Tidak. Tiada SST untuk Pemindahan duit (IBG/FPX/DuitNow).
Tiada SST untuk transaksi ATM.
Tiada SST juga untuk penggunaan Kad debit.
Bayar guna QR dan e-wallet kena SST tak?
Tidak Dikenakan SST.